Hari ni mood feeling nak flashback tentang percintaan mira dan en husband. Macam mana ia bermula...macam mana kami boleh kenal...huhuhu...Mira ni kan orang yang cepat lupa...hehehe..tapi ingat lagi rasanya macam mana kami boleh bercinta... Mira hope En husband pon akan sentiasa ingat macam mana cinta kami boleh bermula...Seingat mira...mira kenal en Husband time mira Diploma kat UiTM arau tahun 2003. Mira ni bukan lah sesiapa...tak famous pon...tak de BF pon time tu... ada la kawan-kawan...but rasanya bukan kategori couple kot. hahahaha.... kawan lelaki yang paling rapat dengan mira pon masa tu afdhal. ingat lagi muka afdhal time mira bagitau yang mira dah couple. ingat lagi pesan dia. apa yg dia pesan tu biarlah rahsia. hehehe... but thanks my friend. sekarang ni dah tak de lagi dah kawan saya tu...dah menyepi...dan dia tak explain dah kenapa dia dah tak nak kawan dengan mira...but mira still ingat dia sebagai kawan yang pernah ada dengan mira...
Mira bab nak bersosial memanglah teramat tak rajin. join aktiviti pon kurang. cuma sesekali je cuti sem ikut program. kalau bab nk meronda pergi alor star ke...kangar ke...memang tak la...perabaih duit je kalau keluar...hari minggu memang masa untuk basuh kain...tengok movie kat komputer...dan acara yang paling best adalah tido....hahahaha....sesekali keluar pon untuk beli stock barang-barang.
Mira boleh kenal dengan En Husband dr kawan-kawan mira... dia kawan kepada kawan mira. thanks to them sbb pas no mira kat dia....huhuhu...kalau tak mesti kami tak kenal...dan memang mira yakin...Allah kurniakan rasa cinta ini untuknya....masa tu ingat lagi...time tgh test structure ada msg masuk kata nak kawan...hahahaha...mula-mula jual mahal dan mood malas nak layan...ye la final dah nak dekat. Mira boleh contact dengan dia pon dah nak dekat-dekat habis sem. boring punya cerita.
1st day kami couple dia dah dapat tau akan kena belayar. masa couple tu tak tengok muka lagi tau...then tak pernah jumpa pun. zaman dulu...mana la nak ada whatsup. mira ada la tengok gambar class husband...tapi gambar class yang ramai-ramai...mana la nak clear. nampak kecik je...
Semua orang dok tanya...macam mana lelaki idaman Mira...dan masa tu jujur mira katakan Mira tak pernah letak ciri-ciri pon untuk tu...cuma seringkali mira berdoa semoga dia tak panas baran...baik hati...dan mira doa semoga cinta mira ni...hanya untuk orang yang bakal jadi suami mira. minta Allah jauhkan kalau mana-mana lelaki yang nak dekat dengan mira kalau dia bukan jodoh mira....Alhamdulillah...Allah makbulkan doa mira. dan dia sekarang dah jadi suami dan walid kepada anak-anak Mira. masa tu kawan -kawan Mira dah risau dah...mana la tak nyer...kami couple tak tengok muka...deorg takut mira lari lepas mira jumpa dia...hehehehe...yang mira pulak takut en husband yang tak suka mira bila kami jumpa...dah start rasa sayang kot masa tu...
Lama kami couple...dari mira diploma...sampai la mira habis degree...2003 hingga 2009. Sampai la mira dapat panggilan kerja di JKR lepas sehari akad nikah... Alhamdulillah...rezeki kami... Dia kenal Mira...Mira kenal dia dan mira masih harap mira kenal dia. Dia yang tahan dengan rajuk mira...tahan dengan perangai manja mira...dia yang boleh terima kekurangan Mira. Mira harap selamanya hatinya untuk Mira kerana hati ini dari dulu hingga sekarang hanya miliknya...
Akan Mira pertahankan cinta ini selamanya. Tapi andai suatu hari nanti hatinya bukan lagi milik Mira...Mira tak kan paksa dia. walaupun perit...walaupun pahit...sebab bagi Mira, cinta memerlukan dua hati menjadi satu. Untuk berkongsi tidak sama sekali. sebab Mira tahu, Mira tak kan mampu untuk berkongsi dia dengan orang lain. Mira takut sangat...kalau tu terjadi dia yang teramat Mira cintai akan jadi orang yang teramat Mira benci. Mira nak simpan cinta ni selamanya untuk dia...selama-lamanya...sebab tu Mira akan suruh dia pilih. Biar Mira undur diri dengan membawa cintanya bersama kenangan terindah yang telah dihadiahkan buat Mira.
No comments:
Post a Comment