Thursday, 16 June 2016

My 1st Posting Setelah Bergelar Penjawat Awam

Assalamualaikum dan Selamat Pagi....

Salam Ramadhan...pejam celik...pejam celik...dah hampir 2 bulan mira lapor diri di Politeknik Balik Pulau Sebagai Jurutera kat sini....tapi jawatan dalaman di panggil Pegawai Pembangunan dan Senggaraan bagi Unit Pembangunan dan Senggaraan. Maksudnya dah hampir 2 bulan mira berulang dari Seberang Perai ke Balik Pulau ni... ingat lagi... dua hari pertama balik dari kerja mira nangis...sebab rasa jauh sangat Balik Pulau ni... mau taknya...kena bertolak awal...kena redah jam lagi...kena redah jambatan...kena naik bukit... nasib Mira baik... En Husband ada saat Mira perlukan sokongan dia...hari-hari dia pujuk...hehehe...then mira dah mula redhakan hati...dok motivate diri sendiri... 

Jawatan tetap ni...dah 6 tahun Mira tunggu...dan masa interview penempatan pon mira minta nak balik Penang... so kena la bersyukur dapat balik Penang...dan kena la bersyukur sebab tak payah cari school baru anak-anak... tak payah kemas barang untuk pindah...tak payah pindah rumah...boleh dekat dengan mak dan ayah.... sebenarnya banyak positif yang mira dapat...so dari situ la start boleh cool down sikit...View Balik Pulau memang cantik dan segar. sesuai untuk tenanagkan fikiran. Mungkin Allah nak bagi Mira rehat kejap sebab kan sebelum ni kerja agak bz...Allah maha mengetahui segala yang terbaik buat kita

Mula lapor diri Mira dah di brief serba sedikit tentang job scope..Mira hanya ada 2 orang staff... dua-dua lelaki. Seorang background electrical dan seorang lagi background civil. dari segi staf tak ramai tak banyak kerenah nak kena layan. Alhamdulillah deorang tahu apa yang deorang buat dan banyak membantu. office mira di bahagian belakang dan hujung sekali dalam politeknik ni. Lengkap dengan surau, pantry dan toilet. Pantry pulak lengkap dengan peti ais, microwave dan pembakar roti. Suasana memang best. Cuma jauh je la. Tugas mira di sini untuk memantau dan menyelenggara infrastruktur di politeknik ni. Alhamdulillah...sedikit sebanyak pengalaman 6 tahun sebelum ni amat berguna bila Mira di tempatkan di sini. 

Ketua Perkhidmatan Mira masih lagi Kementerian Kerja Raya. Oleh kerana sebelum ni masa menjawat jawatan Jurutera awam contract for service di JKR selama 6 tahun, jadi untuk kali ni...Mira di tempatkan di KADER Kementerian Pendidikan Tinggi. Beza tugas sekarang...1. berlainan jabatan...2. berlainan skop kerja... dulu banyak maintenant jalan, sekarang maintenant bangunan. Alhamdulillah...pengalaman baru...

Kerja kat sini tak la sebz masa kerja dulu... Mira dah biasa bz...2 minggu pertama Mira demam sebab tak banyak kerja...hahaha...orang demam kau byk kerja...Mira ni demam sebab boring... tapi sebenarnya ada baik nya jugak...ni baru 1st time buat kerja penyelenggaraan bangunan...takkan nak terus start dgn gear 5 kan...hehehe...keja sekarang dah boleh fokus utk satu2 perkara...bila balik kerja atau cuti Mira dah boleh cuti dengan aman tanpa memikirkan bab kerja....memang boleh totolly focus utk anak-anak time hari cuti... En Husband pon kata dia nampak Mira dah tak se stress dulu....

Apapun...hopefully Mira akan dapat biasakan dengan suasana kat sini...masa sekarang la masa untuk mira plan balik apa yang Mira patut buat dan plan masa hadapan. Insyaallah...semoga segalanya berjalan lancar dan Allah permudahkan urusan Mira.




No comments:

Post a Comment