Sunday, 20 November 2016

Kenangan Mengusik Hati

Hari ni mood feeling nak flashback tentang percintaan mira dan en husband. Macam mana ia bermula...macam mana kami boleh kenal...huhuhu...Mira ni kan orang yang cepat lupa...hehehe..tapi ingat lagi rasanya macam mana kami boleh bercinta... Mira hope En husband pon akan sentiasa ingat macam mana cinta kami boleh bermula...Seingat mira...mira kenal en Husband time mira Diploma kat UiTM arau tahun 2003. Mira ni bukan lah sesiapa...tak famous pon...tak de BF pon time tu... ada la kawan-kawan...but rasanya bukan kategori couple kot. hahahaha.... kawan lelaki yang paling rapat dengan mira pon masa tu afdhal. ingat lagi muka afdhal time mira bagitau yang mira dah couple. ingat lagi pesan dia. apa yg dia pesan tu biarlah rahsia. hehehe... but thanks my friend. sekarang ni dah tak de lagi dah kawan saya tu...dah menyepi...dan dia tak explain dah kenapa dia dah tak nak kawan dengan mira...but mira still ingat dia sebagai kawan yang pernah ada dengan mira...

Mira bab nak bersosial memanglah teramat tak rajin. join aktiviti pon kurang. cuma sesekali je cuti sem ikut program. kalau bab nk meronda pergi alor star ke...kangar ke...memang tak la...perabaih duit je kalau keluar...hari minggu memang masa untuk basuh kain...tengok movie kat komputer...dan acara yang paling best adalah tido....hahahaha....sesekali keluar pon untuk beli stock barang-barang.

Mira boleh kenal dengan En Husband dr kawan-kawan mira... dia kawan kepada kawan mira. thanks to them sbb pas no mira kat dia....huhuhu...kalau tak mesti kami tak kenal...dan memang mira yakin...Allah kurniakan rasa cinta ini untuknya....masa tu ingat lagi...time tgh test structure ada msg masuk kata nak kawan...hahahaha...mula-mula jual mahal dan mood malas nak layan...ye la final dah nak dekat. Mira boleh contact dengan dia pon dah nak dekat-dekat habis sem. boring punya cerita.

1st day kami couple dia dah dapat tau akan kena belayar. masa couple tu tak tengok muka lagi tau...then tak pernah jumpa pun. zaman dulu...mana la nak ada whatsup. mira ada la tengok gambar class husband...tapi gambar class yang ramai-ramai...mana la nak clear. nampak kecik je...

Semua orang dok tanya...macam mana lelaki idaman Mira...dan masa tu jujur mira katakan Mira tak pernah letak ciri-ciri pon untuk tu...cuma seringkali mira berdoa semoga dia tak panas baran...baik hati...dan mira doa semoga cinta mira ni...hanya untuk orang yang bakal jadi suami mira. minta Allah jauhkan kalau mana-mana lelaki yang nak dekat dengan mira kalau dia bukan jodoh mira....Alhamdulillah...Allah makbulkan doa mira. dan dia sekarang dah jadi suami dan walid kepada anak-anak Mira. masa tu kawan -kawan Mira dah risau dah...mana la tak nyer...kami couple tak tengok muka...deorg takut mira lari lepas mira jumpa dia...hehehehe...yang mira pulak takut en husband yang tak suka mira bila kami jumpa...dah start rasa sayang kot masa tu...

Lama kami couple...dari mira diploma...sampai la mira habis degree...2003 hingga 2009. Sampai la mira dapat panggilan kerja di JKR lepas sehari akad nikah... Alhamdulillah...rezeki kami... Dia kenal Mira...Mira kenal dia dan mira masih harap mira kenal dia. Dia yang tahan dengan rajuk mira...tahan dengan perangai manja mira...dia yang boleh terima kekurangan Mira. Mira harap selamanya hatinya untuk Mira kerana hati ini dari dulu hingga sekarang hanya miliknya...


Akan Mira pertahankan cinta ini selamanya. Tapi andai suatu hari nanti hatinya bukan lagi milik Mira...Mira tak kan paksa dia. walaupun perit...walaupun pahit...sebab bagi Mira, cinta memerlukan dua hati menjadi satu. Untuk berkongsi tidak sama sekali. sebab Mira tahu, Mira tak kan mampu untuk berkongsi dia dengan orang lain. Mira takut sangat...kalau tu terjadi dia yang teramat Mira cintai akan jadi orang yang teramat Mira benci. Mira nak simpan cinta ni selamanya untuk dia...selama-lamanya...sebab tu Mira akan suruh dia pilih. Biar Mira undur diri dengan membawa cintanya bersama kenangan terindah yang telah dihadiahkan buat Mira.

Dian'z Vitamin C & E

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

Semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ni. Alhamdulillah diberikan kita kesihatan yang baik dan dapat lagi meneruskan kehidupan pada hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Insyaallah....Amin...

Pagi ni Mira nak update pasal Dianz Vitamin C & E. Mira sendiri dah cuba. Alhamdulillah kesannya sangat baik. jadi Mira nak share dengan semua orang kebaikan Vitamin ni. 

Ni la rupa botol Dian'z Vitamin C & E ni...

Mira dah try hampir setahun jugak la. memang kesan dia sangat baik. jerawat cepat kecut. Mira bila time nak datang period memang jerawat akan naik. tapi sejak makan Dia'z Vitamin ni, cepat je kecut. Lagi 1 yang Mira suka...Vitamin ni combine Vitamin C & E. Jadi Mira tak payah la makan 2 pill dalam 1 masa. Rasanya pun sedap...

Dian'z Vitamin C & E ni dah berdaftar dengan KKM tau 



Dianz Vitamin ni sesuai untuk lelaki dan wanita tau. orang lelaki pun kena la jaga kulit jugak kan. Bukan wanita je. selain cantikkan kulit, vitamin C & E ni banyak lagi kelebihannya...kelebihan nya Mira akan kongsi pada post yang akan datang.

Nak cepat cantik...kena la minum air kosang banyak-banyak. selain boleh kulit cantik, boleh kurus jugak tau. selain tu elakkan pengambilan kafein buat sementara waktu utk lebih mujarab....

Insyaallah...kita berusaha...Allah yang beri kita segalanya...








Thursday, 16 June 2016

Masa Mira jadi Jurutera Jalan dulu... selalu akan ada banyak permohonan untuk membina bonggol di jalan. Baru-baru ni pun dalam mesyuarat pengurusan Mira di minta untuk memasang bonggol dalam kampus. Adoi...honestly Mira memang tak sukakan bonggol. Sebab utamanya ia boleh rosakkan kereta...huhuhu... sapa tak sayang kereta oooo...dan lagi satu sebabnya ia melambatkan mira untuk tumbprint kalau dah lambat...hehehe


Info di bawah ni Mira copy dari : http://blogjalanraya.blogspot.my/ 

Untuk pengetahuan semua, lebih 95% bonggol yang didirikan di negara ini adalah hasil kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya JKR. JKR sangat jarang mendirikan bonggol kerana kebanyakan jalan raya kendalian JKR (jalan persekutuan dan negeri) mempunyai had laju operasi 90 km/j. Hanya sebilangan kecil sahaja bonggol yang dibina di jalan-jalan JKR, yang mana kebanyakannya hasil permintaan penduduk tempatan sebagai usaha menghalang kenderaan daripada memandu laju di kawasan mereka bagi mengurangkan nahas jalan raya di situ. Contohnya ialah pemasangan bonggol di Jalan Felda Redong yang dilaksanakan oleh JKR Segamat hasil permintaan para penduduk Felda Redong serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Dato' Ayub Rahmat, susulan rungutan para penduduk serta peneroka Felda Redong tentang lori-lori berat yang memandu laju di situ berikutan siapnya Jalan Redong-Selancar yang merupakan laluan pintasan baharu bagi pengguna jalan raya dari arah Labis yang ingin memintas bandar Segamat untuk ke Lebuhraya Tun Razak FT12.

Kenapa bonggol dipasang...? Bonggol jalan merupakan sejenis penanda jalan mekanikal yang berfungsi bagi tujuan peredaan trafik. Ia berfungsi bagi memperlahankan kenderaan terutamanya di jalan-jalan perumahan ataupun di kawasan yang mempunyai ramai pejalan kaki yang terdiri daripada kanak-kanak seperti di sekolah. Ia sering didapati di kawasan yang dikenakan had laju 40 km/j ke bawah, seperti di jalan-jalan tempatan di kawasan perumahan, di sekolah, di masjid, di kawasan kampus universiti dsb. 



Bonggol berfungsi dengan cara memaksa pemandu untuk memperlahankan kelajuan apabila melaluinya; jika pemandu tidak memperlahankan kelajuan, ia akan menyebabkan ketidakselesaan kepada pemandu. Namun, jika pemandu melaluinya pada kelajuan yang terlalu tinggi, ia boleh mengakibatkan kenderaan melompat tinggi dan seterusnya mengakibatkan risiko kemalangan akibat hilang kawalan kenderaan, atau setidak-tidaknya boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem gantungan, rim, takungan minyak enjin (oil sump), bahagian bawah kenderaan, kit badan, skirting dsb. Justeru, pemasangan papan tanda, jalur derum (rumble strips) serta pengecatan bonggol wajib dilakukan di bonggol.



Meskipun pembinaan bonggol terbukti berkesan menurunkan kelajuan kenderaan berhampiran bonggol, namun ia mempunyai banyak kelemahan ketara termasuklah dari aspek keselamatan sehingga menyebabkan JKR sendiri tidak menggalakkan pembinaannya. Kelemahan-kelemahan pemasangan bonggol adalah seperti berikut:-


  1. Boleh mengakibatkan kerosakan kenderaan seperti sistem gantungan, rim, bahagian bawah kenderaan, kit badan, skirting, dsb.
  2. Boleh melambatkan kenderaan kecemasan
  3. Boleh mengakibatkan kenderaan melencong ke jalan lain yang tiada bonggol, sekaligus menyebabkan kesesakan di jalan itu pula
  4. Mengakibatkan bunyi bising jalan terhadap rumah-rumah bersebelahan bonggol
  5. Memerlukan pembinaan papan tanda amaran serta penandaan bonggol yang lebih teranng
  6. Sekiranya tiada pemberitahuan, penandaan atau papan tanda amaran, boleh mengakibatkan risiko kemalangan akibat kenderaan hilang kawalan kerana pengguna jalan raya tidak tahu akan kewujudan bonggol tersebut
  7. Boleh mengakibatkan ketidakselesaan terhadap pengguna jalan raya
  8. Menjejaskan penjimatan bahan api kerana pemandu perlu membrek, menukar gear lebih rendah dan memecut semula




Manual Fasiliti Keselamatan Jalan terbitan JKR mengandungi garis panduan mengenai pembinaan bonggol



Carta alir mengenai proses kelulusan pembinaan bonggol di jalan raya kendalian JKR



Piawaian mengenai jenis bonggol serta ukuran lebar dan tinggi bonggol - sesebuah bonggol tidak seharusnya mempunyai ketinggian melebihi 75 mm


Ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya memang ada garis panduan mengenai bonggol yang diterbitkan oleh JKR. Garis panduan mengenai bonggol ditetapkan dalam Manual Fasiliti Keselamatan Jalan terbitan JKR. Menurut Manual Fasiliti Keselamatan Jalan, ketinggian maksimum yang dibenarkan bagi bonggol 100 mm dengan kelebaran maksimum 6 meter.Namun, ketinggian bonggol yang disarankan adalah tidak melebihi 75 mm. Semakin tinggi sesuatu bonggol itu, maka ia seharusnya semakin lebar bagi mengurangkan kesan buruknya terhadap kenderaan. Semua bonggol wajib dicat dengan warna-warna terang dan wajib dibubuh papan tanda amaran. Jika bonggol dibina di jalan-jalan JKR, maka Jurutera Daerah (JD) bertanggungjawab memantau perjalanan projek agar bonggol yang dibina memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Terdapat dua syarat utama bagi membolehkan pembinaan bonggol diluluskan:-
  1. Had laju operasi mestilah kurang daripada 90 km/j
  2. Kadar trafik purata harian (ADT) mestilah kurang daripada 6,000 kenderaan

Berdasarkan dua kriteria utama di atas, hanya jalan kampung, jalan tempatan di kawasan perumahan, jalan pengumpul serta jalan tertier sahaja yang paling sesuai untuk dibina bonggol. Namun, terdapat juga jalan raya pada tangga hirarki jalan yang lebih tinggi yang dipasang bonggol, biasanya di kawasan sekolah. Namun demikian, pemasangan bonggol di lebuh raya ekspres, lebuh raya kembar, jalan super two dan jalan raya primer adalah tidak dibenarkan sama sekali. Meskipun terdapat jalan raya kendalian JKR yang memenuhi kedua-dua kriteria di atas, namun JKR tidak menggalakkan pembinaan bonggol. Justeru, lebih 95% bonggol yang ada di Malaysia dibina oleh PBT dan bukannya JKR.

Bagaimana pula tentang bonggol-bonggol di jalan-jalan perbandaran kendalian PBT...? JD JKR tiada kuasa untuk menghalang PBT daripada mendirikan bonggol-bonggol di jalan perbandaran. Namun, JD masih berperanan untuk bersuara, menegur atau memberikan saranan dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah oleh PBT. Penduduk juga perlu menyuarakan kepada Persatuan Penduduk masing-masing, sama ada memohon untuk membina bonggol ataupun membantah pemasangan bonggol-bonggol yang tidak mematuhi spesifikasi JKR. Kepada para presiden Persatuan Penduduk, ini hukum ibu jari yang anda perlu ingat -tinggi maksimum bonggol: tidak lebih 75 mm; semakin tinggi bonggol, maka ia juga perlu semakin lebar.


Bonggol di Lintasan Pejalan Kaki 1Malaysia merupakan satu contoh ideal bagi bonggol jalan raya


Jika anda mahukan contoh bonggol jalan raya yang paling bagus dan paling ideal, maka bonggol Lintasan Pejalan Kaki 1Malaysia merupakan jawapannya. Program Lintasan Pejalan Kaki 1Malaysia merupakan inisiatif Menteri Kerja Raya terdahulu, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor sebagai satu alternatif yang lebih murah daripada pembinaan jejantas yang tentunya lebih mahal(RM150,000 vs RM750,000-RM1 juta). Lintasan Pejalan Kaki 1Malaysia terdiri daripada sebuah bonggol yang landai dan lebar yang turut berfungsi sebagai lintasan pejalan kaki serta lampu isyarat, sekaligus menjadikannya lebih selamat daripada lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat biasa.

Kesimpulannya, meskipun pembinaan bonggol sangat berkesan dalam memaksa pemandu memperlahankan kelajuan, namun ia boleh mengakibatkan kerosakan kenderaan ataupun kemalangan sekiranya pengguna jalan raya tidak sedar akan kewujudannya akibat ketiadaan papan tanda mahupun penandaan bonggol. Sebab itulah JKR tidak menggalakkan pembinaannya, namun PBT pula banyak membina bonggol, yang mana kebanyakannya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan, mengakibatkan saiz bonggol yang tidak konsisten.













Papan Tanda Jalan Di Malaysia

Anda pasti sering kali melihat papan tanda di lebuh raya dan jalanraya? Jom sama-sama melihat infografik ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai papan tanda.






I Have To Say "WOW"

Masa dok cari maklumat pasal penyelenggaraan jalan...Mira terbaca statement ni... Tetiba kagum... kaum wanita yang buat kerja ni... bertenaga nyer deorang ni... Mira dulu kalau pergi buat test coring...balik office dah tak larat nak buat apa dah...dah tergolek...hehehe...ni deorg bersihkan jalan kot...lagi la...tapi still boleh senyum lagi...subahanallah... 


Road maintenance workers rest at the roadside in Beijing, capital of China. The exemplary maintenance team, in charge of the maintenance of more than 100-kilometer mountain roads, 38 bridges, over 270 culverts and 30,000 plants in west Beijing's Mentougou District, is completely made up of female workers.










Mira Kagum...Sebab tenaga seorang wanita...

My 1st Posting Setelah Bergelar Penjawat Awam

Assalamualaikum dan Selamat Pagi....

Salam Ramadhan...pejam celik...pejam celik...dah hampir 2 bulan mira lapor diri di Politeknik Balik Pulau Sebagai Jurutera kat sini....tapi jawatan dalaman di panggil Pegawai Pembangunan dan Senggaraan bagi Unit Pembangunan dan Senggaraan. Maksudnya dah hampir 2 bulan mira berulang dari Seberang Perai ke Balik Pulau ni... ingat lagi... dua hari pertama balik dari kerja mira nangis...sebab rasa jauh sangat Balik Pulau ni... mau taknya...kena bertolak awal...kena redah jam lagi...kena redah jambatan...kena naik bukit... nasib Mira baik... En Husband ada saat Mira perlukan sokongan dia...hari-hari dia pujuk...hehehe...then mira dah mula redhakan hati...dok motivate diri sendiri... 

Jawatan tetap ni...dah 6 tahun Mira tunggu...dan masa interview penempatan pon mira minta nak balik Penang... so kena la bersyukur dapat balik Penang...dan kena la bersyukur sebab tak payah cari school baru anak-anak... tak payah kemas barang untuk pindah...tak payah pindah rumah...boleh dekat dengan mak dan ayah.... sebenarnya banyak positif yang mira dapat...so dari situ la start boleh cool down sikit...View Balik Pulau memang cantik dan segar. sesuai untuk tenanagkan fikiran. Mungkin Allah nak bagi Mira rehat kejap sebab kan sebelum ni kerja agak bz...Allah maha mengetahui segala yang terbaik buat kita

Mula lapor diri Mira dah di brief serba sedikit tentang job scope..Mira hanya ada 2 orang staff... dua-dua lelaki. Seorang background electrical dan seorang lagi background civil. dari segi staf tak ramai tak banyak kerenah nak kena layan. Alhamdulillah deorang tahu apa yang deorang buat dan banyak membantu. office mira di bahagian belakang dan hujung sekali dalam politeknik ni. Lengkap dengan surau, pantry dan toilet. Pantry pulak lengkap dengan peti ais, microwave dan pembakar roti. Suasana memang best. Cuma jauh je la. Tugas mira di sini untuk memantau dan menyelenggara infrastruktur di politeknik ni. Alhamdulillah...sedikit sebanyak pengalaman 6 tahun sebelum ni amat berguna bila Mira di tempatkan di sini. 

Ketua Perkhidmatan Mira masih lagi Kementerian Kerja Raya. Oleh kerana sebelum ni masa menjawat jawatan Jurutera awam contract for service di JKR selama 6 tahun, jadi untuk kali ni...Mira di tempatkan di KADER Kementerian Pendidikan Tinggi. Beza tugas sekarang...1. berlainan jabatan...2. berlainan skop kerja... dulu banyak maintenant jalan, sekarang maintenant bangunan. Alhamdulillah...pengalaman baru...

Kerja kat sini tak la sebz masa kerja dulu... Mira dah biasa bz...2 minggu pertama Mira demam sebab tak banyak kerja...hahaha...orang demam kau byk kerja...Mira ni demam sebab boring... tapi sebenarnya ada baik nya jugak...ni baru 1st time buat kerja penyelenggaraan bangunan...takkan nak terus start dgn gear 5 kan...hehehe...keja sekarang dah boleh fokus utk satu2 perkara...bila balik kerja atau cuti Mira dah boleh cuti dengan aman tanpa memikirkan bab kerja....memang boleh totolly focus utk anak-anak time hari cuti... En Husband pon kata dia nampak Mira dah tak se stress dulu....

Apapun...hopefully Mira akan dapat biasakan dengan suasana kat sini...masa sekarang la masa untuk mira plan balik apa yang Mira patut buat dan plan masa hadapan. Insyaallah...semoga segalanya berjalan lancar dan Allah permudahkan urusan Mira.




Monday, 13 June 2016

Lama nyer...tak Update Blog...

Assalamualaikum...Salam Ceria...Salam hati berbunga-bunga....

Huhuhuhu....lamanya...tak update blog ni... kalau diary dah berhabuk la jawabnya....hihihi...
banyak benda yang terjadi...banyak perkara sebenarnya yang berlaku sepanjang Mira tak update blog ni... mood tak rajin...hehehe...ni Alhamdulillah...semua perkara boleh dikatakan selesai... Alhamdulillah syukur...Mira dah dapat jawatan tetap sebagai Jurutera Awam. Kan dulu hanya kakitangan kontrak. sekarang dah jadi kakitangan awam...Alhamdulillah...dah selesai interview... dah selesai lapor diri...dah selesai penempatan...dan dah boleh bawa bertenang selepas sesi penempatan... Alhamdulillah.... Mira sebelum ni dalam hati...Mira ada janji...nak share tips untuk temuduga kalau mira berjaya dalam temuduga tempoh hari... Soooo.....nanti Mira akan Sharekan tips tu... mungkin boleh la jadi panduan kepada sesiapa yang tercari-cari sedikit tips untuk interview jawatan penjawat awam.